Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Lelaki Britain tunjuk isyarat lucah dijel 2 bulan

DUBAI: Seorang lelaki Britain dihukum penjara dua bulan, semalam selepas didapati bersalah menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pekerja wanita lapangan terbang di sini.
Paul Anthony ditangkap beberapa minit selepas dia tiba di negara Emiriah itu.

Dia bertengar dengan seorang kakitangan wanita yang tidak membenarkannya menggunakan telefon di meja khidmat pelanggan.

Mahkamah diberitahu, Anthony memaki wanita berkenaan dan kemudian menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hantunya.

Wanita berkenaan kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan Anthony, 34, ditahan sebelum dia sempat keluar dari lapangan terbang.

Warga Britain itu didapati bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan memaki petugas wanita itu, Maryam.
kini terpaksa menanti sebulan sebelum rayuannya terhadap hukuman penjara dua bulan itu didengar.

Menurut sumber mahkamah, Anthony bekerja untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan singgah di Dubai ketika dalam perjalanan pulang ke London dari sebuah negara Asia. - Agensi

No comments:

Post a Comment