Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Lelaki Australia dikait dengan al-Qaeda





2010/11/03

SYDNEY: Seorang lelaki Australia yang diusir dari Malaysia mengenali rakyat asing yang ada kaitan dengan al-Qaeda dan mempunyai abang yang didapati bersalah melakukan kesalahan keganasan, menurut laporan. 

Sebuah akhbar Australia menyatakan lelaki terbabit, tidak dinamakan atas sebab perundangan, adalah antara warga yang mengunjungi negara asing, termasuk Yaman, atas ‘tujuan berkaitan keganasan’.
Katanya, lelaki itu diusir selepas ditahan pihak berkuasa Malaysia pada Oktober 2009 dan agensi perisikan Australia, ASIO meminta pasportnya dibatalkan atas sebab keselamatan.
Akhbar itu menyatakan adalah tidak jelas apa yang dilakukan lelaki itu di Malaysia, tetapi sumber yang ada kaitan dengan siasatan, berkata dia menemui sekumpulan kecil rakyat asing di Kuala Lumpur, yang dipercayai ada kaitan dengan al-Qaeda. – AFP

No comments:

Post a Comment