Search This Blog

Friday, November 26, 2010

Kecewa isteri lari, lelaki gantung diri





2010/11/26

MARUDI: Hasrat seorang lelaki menyampaikan surat wasiat kepada isterinya yang sudah tiga bulan melarikan diri tidak kesampaian, apabila dia ditemui mati tergantung pada sebatang pokok, dekat Hospital Marudi di sini, pagi kelmarin. 

Surat tulisan tangan dalam bahasa Kayan itu ditemui di dalam saku seluar lelaki Kayan berusia 40 tahun itu, ketika polis menjalankan siasatan berhubung kematiannya. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
Mayat lelaki itu ditemui tergantung dengan baju T biru pada dahan pokok oleh orang awam pada kira-kira jam 7.30 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi/Baram, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar, berkata siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai petani dipercayai mengalami tekanan selepas isteri meninggalkannya kerana tidak tahan dipukul sejak September lalu.

No comments:

Post a Comment