Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Kastam rampas rokok, mercun lebih RM765,000


15/11/2010 7:27pm

KUALA LUMPUR - Kastam Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis rokok dan mercun bernilai lebih RM765,000, dengan cukai tidak berbayar sebanyak RM3.8 juta dalam dua serbuan berasingan pada Jumaat lepas.
Pengarah Kastam Kuala Lumpur Datuk Saadon Mohd. Ros berkata, serbuan oleh sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan pukul 6.30 petang itu melibatkan tiga buah lori yang diletakkan di pekarangan tanah lapang milik sebuah syarikat di Rawang.
"Hasil pemeriksaan ke atas semua lori itu, kita menemui sebanyak 6,370,000 rokok putih berjenama Luffman yang berjumlah RM318,000 dengan nilai cukai RM3.16 juta, dan barangan itu disyaki belum lulus kastam,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Saadon berkata, bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung serbuan rokok yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan itu.
"Bagaimanapun, pemilik lot parkir itu telah memberikan kerjasama dan menyerahkan perjanjian sewa tanah itu. Mengikut perjanjian itu, penyewa merupakan seorang wanita berusia 39 tahun dan kita sedang mengesan berdasarkan alamat yang diperoleh bagi bantu siasatan kes,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment