Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Kanak-kanak lemas dalam tali air di Bachok





2010/11/03

BACHOK: Seorang kanak-kanak, Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, 
dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di sini ditemui mati lemas dalam tali air 
berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.
Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar, berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air
berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang. 

"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik 
sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu 
jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang. 
Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan 
upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan 
kepada anggota keluarga. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment