Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Jawi serbu kediaman jurunikah palsu


Bakal pengantin perempuan (tengah, depan) ditahan oleh penguat kuasa Jawi kerana terlibat dengan sindiket jurunikah tidak bertauliah di ibu negara semalam.


KUALA LUMPUR 14 Nov. – Impian sepasang pengantin warga Indonesia untuk melayari hidup sebagai suami isteri berkecai apabila majlis perkahwinan mereka diserbu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gara-gara menggunakan khidmat jurunikah palsu.
Serbuan dilakukan setelah jabatan itu menerima maklumat berhubung kegiatan tersebut di sebuah rumah setinggan milik suspek di Jalan Kubor, Pantai Dalam, di sini, kira-kira pukul 8 malam semalam.
Jurunikah terbabit yang juga merupakan warga Indonesia bagaimanapun berjaya melarikan diri.
Ketika serbuan, seramai 25 orang termasuk pasangan pengantin yang sedang menikmati jamuan ringan sempena kenduri itu ditahan untuk siasatan.
Jurucakap Jawi berkata, pihaknya merampas barangan hantaran milik pasangan pengantin berusia 20-an yang sedang menanti untuk dinikahkan itu.
“Rumah setinggan itu dipercayai didiami suspek dikenali sebagai Hashim. Suspek (Hashim) menjadikan tempat tersebut untuk menikahkan mana-mana pasangan serta mengadakan kenduri.
“Suspek berjaya melarikan diri melalui bumbung salah sebuah bilik yang dikunci,” katanya kepada pemberita di sini selepas operasi malam semalam.
Difahamkan, kegiatan terbabit juga sebelum ini didakwa pernah menikahkan warga tempatan.
Tambah jurucakap itu, rumah setinggan yang menjadi lokasi kegiatan tersebut strategik kerana berada di tengah-tengah penempatan warga asing.
“Suspek rasa kegiatannya dilindungi di sini, selain akan dapat menikahkan lebih banyak pasangan terdiri daripada warga asing dan tempatan,” ujarnya.
Jurucakap itu berkata, kesemua 23 orang yang ditahan dibebaskan selepas keterangan mereka dirakam manakala pasangan pengantin akan dibawa ke mahkamah.
Menurutnya, pasangan pengantin itu akan didakwa mengikut Seksyen 39 Akta 303

No comments:

Post a Comment