Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Jakim mahu sindiket nikah haram dibendung


15/11/2010 7:21pm

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membendung kegiatan sindiket pernikahan haram termasuk membabitkan warga asing.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, langkah itu bagi memastikan perkahwinan dan institusi keluarga Islam tidak dipermainkan dan mengelak lebih ramai orang menjadi mangsa sindiket sedemikian.
"Ini melibatkan soal maruah keluarga, sebab itu kerajaan mewujudkan undang-undang keluarga Islam sama ada melalui enakmen atau akta.
"Ia juga bagi memastikan institusi keluarga Islam dibina atas asas yang kukuh, sah dari segi hukum syarak dan bebas daripada segala risiko perpecahan (perceraian),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sepasang bakal pengantin warga Indonesia antara 25 orang yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam kerana terlibat dengan sindiket jurunikah warga asing yang tidak bertauliah. - Bernama

No comments:

Post a Comment