Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Harga kambing Gunung Merapi RM35

YOGYAKARTA: Sudah jatuh ditimpa tangga.
Begitulah nasib yang menimpa penduduk sekitar Gunung Merapi apabila mereka terpaksa menjual lembu dan kambing ternakan mereka jauh di bawah harga biasa.
Pengarah Pusat Pengurusan Program Bencana, Bayu Gautama berkata semalam, pihaknya menerima aduan daripada penduduk yang mendakwa terpaksa menjual kambing mereka dengan harga 200,000 rupiah (RM70).

Malah ada yang menjualnya lebih murah daripada itu, 100,000 rupiah (RM35) sedangkan di pasaran harganya ialah antara RM250 hingga RM280.


Menurutnya, ada juga mangsa letupan gunung berapi itu yang yang menjual lembu dengan harga RM350 saja sedangkan harga biasa ialah RM2,450. - Agensi

No comments:

Post a Comment