Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Gaga diugut bunuh

NEW YORK: Penyanyi Lady Gaga semalam berjaya mendapatkan perintah mahkamah yang melarang seorang peminat mendekatinya.
Penyanyi itu memohon perintah berkenaan selepas seorang peminat wanitanya menulis: “Saya mahu mati bersama anda.” Gaga, 24, menerima ugutan bunuh itu menerusi surat daripada peminat fanatiknya, Anastasia Obukhova, 26.

Pelajar Russia yang menetap di New York itu diarah supaya tidak berada terlalu dekat dengan penyanyi itu.

Antara kandungan surat Anastasia yang diterima oleh pihak pengurusan Gaga berbunyi: “Anda hadir dalam mimpi saya. Saya mahu mati dan ingin mati bersama anda. “Saya bukan Mark Chapman Bukan anda saja yang akan mati. Saya juga akan menembak kepala saya sendiri.” Chapman adalah pembunuh John Lennon, ahli kumpulan Beatles.

Dia menembak penyanyi itu di apartmennya di New York pada 1980. Anastasia semalam mendakwa: “Saya hanya berada satu meter dari Lady Gaga.

“Gaga adalah seorang daripada individu paling bebas di dunia.” Penyanyi lagu ‘Poker Face’ itu menduduki tempat keempat dalam senarai wanita berpendapatan paling tinggi di Hollywood semalam selepas mencatat pendapatan sebanyak RM200 juta tahun lalu. Gaga kini berada di Eropah kerana membuat persembahan konsert. Satu sumber berkata: “Petugas keselamatan mengawal ketat penyanyi itu lebih-lebih lagi ketika dia sibuk dengan konsertnya. “Mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko.” - Agensi

No comments:

Post a Comment