Search This Blog

Saturday, November 13, 2010

Gadis bergelut dengan peragut hilang ginjal


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Seorang gadis berusia 19 tahun cedera parah dan kehilangan buah pinggang kirinya akibat cuba melawan dua penjenayah yang meragut begnya di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, semalam.
Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Toh Ai Ling dan seorang temannya berusia 17 tahun didatangi dua suspek bertopi keledar.
Suspek kemudian cuba meragut beg galas Ai Ling, namun dihalang oleh mangsa sehingga berlaku pergelutan.
Ketika bergelut, dia ditikam dengan oleh salah seorang suspek dengan pisau sebanyak empat kali.
Ekoran tikaman itu, mangsa rebah dan buah pinggang kirinya terpaksa dikeluarkan bagi menyelamatkan nyawanya.
Mangsa yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) masih kritikal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu.

No comments:

Post a Comment