Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

Enam didakwa menculik

PETALING JAYA: Tiga warga Pakistan dan tiga warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam atas tiga tuduhan menculik seorang warga India untuk mendapatkan wang tebusan 300,000 rupees (RM22,200), dua minggu lalu.
Pertuduhan terhadap Nadeem Ashraf Muhamma, 30; Maghfoor Ali, 32; Asif Ali Ghulam, 27; Sameer Pallickal Abdulla, 29; N Raja Narayanasamy, 26 dan Sajad Ahmad Mir, 38, dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Bagaimanapun, mereka hanya mengangguk tanda faham dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah No. A2-3-B, Jalan Idaman 1, Taman Rawang Idaman, Rawang, Gombak kira-kira jam 11 pagi, 11 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Semua mereka tidak diwakili peguam bela manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya.

No comments:

Post a Comment