Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Dijel 10 tahun sebabkan kematian anak kekasih



MELAKA 2 Nov. - Seorang penganggur dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian anak lelaki teman wanitanya yang berusia dua tahun, hujung tahun lalu.
Sha'ri Sabri, 31, mengaku telah menyebabkan kematian Muhammad Aidil Abdullah di No. 20-1 Kampung Batu Hampar, Peringgit, Jalan Tun Fatimah di sini kira-kira pukul 4.30 petang, 13 September 2009.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asri Abd. Rahman Sidek mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.
Pada 10 Mac lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah tetapi menukar pengakuan kepada bersalah hari ini.
Mengikut fakta kes, pada pukul 4 petang hari kejadian, tertuduh berada bersama teman wanitanya, Nurul Asma Ab. Rahim dan kanak-kanak terbabit sebelum wanita tersebut pergi ke kedai berhampiran rumahnya.
Muhammad Aidil ketika itu ditinggalkan oleh ibunya dan dilihat dalam keadaan sihat bersama tertuduh.
Sebaik sahaja pulang dari kedai, Nurul Asma mendapati anaknya dalam keadaan tidak bermaya dan tidak sedarkan diri lalu terus dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Hasil bedah siasat pada 14 September tahun lalu mendapati punca kematian Muhammad Aidil adalah akibat pendarahan dalaman rongga abdomen disebabkan objek tumpul.
Pada prosiding hari ini, tertuduh yang juga bekas juruhebah tapak ekspo dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan menyara ibu yang uzur selain perlu menanggung dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri.
Muhamad Asri pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan juga masyarakat.

No comments:

Post a Comment