Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

'Datuk Kabi' ditahan polis lagi





GAMBAR fail menunjukkan anggota polis menahan 'Datuk Kabi' kerana sering menggunakan cek palsu ketika membuat urusan pembelian hartanah.



KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap seorang lelaki bergelar 'Datuk Kabi' bagi membantu siasatan berhubung kes-kes penipuan cek mencecah jutaan ringgit dalam urusan pembelian hartanah di beberapa buah negeri di negara ini berakhir apabila dia ditahan kelmarin.
Suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada tengah hari berdekatan kawasan rumahnya di Sri Hartamas di sini.
Ketika ditahan, lelaki terbabit bersendirian di premis itu. Polis bagaimanapun tidak membuat sebarang rampasan.
Jurucakap polis berkata, pihaknya melakukan intipan selama sebulan terhadap suspek sebelum menahannya.
Suspek pernah menjadi buruan polis pada 2008 dan ditahan pada 17 Disember tahun yang sama selepas dia tampil menyerah diri di ibu pejabat JSJK Bukit Aman.
Suspek sebelum ini dipercayai terlibat dalam lebih 25 kes penipuan di ibu negara, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah membabitkan pembelian hartanah serta barangan lain menggunakan cek tendang.

2 comments:

  1. Sudah berapa kali kena tangkap tapi masih boleh keluar dan tipu mangsa baru...........ANEH TAPI MALAYSIA BOLEH...............

    ReplyDelete
  2. Ini orang bukan setakat con man. Ini org Gangster dgn bodyguard yang berupaya memukul mangsanya.

    ReplyDelete