Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Cubaan hantar bungkusan bom kepada Sarkozy tumpas





2010/11/03

 PAKAR bahan letupan datang untuk memusnahkan bungkusan disyaki bahan letupan di Athens, semalam.
PAKAR bahan letupan datang untuk memusnahkan bungkusan disyaki bahan letupan di Athens, semalam.
ATHENS: Polis menggagalkan satu penghantaran bungkusan bom kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan tiga kedutaan asing di ibu kota Greece ini, menahan dua suspek militan berhaluan kiri. 

Seorang daripada dua lelaki yang ditahan dikehendaki kerana ada kaitan dengan sebuah kumpulan berhaluan kiri yang mengkhusus dalam serangan ke atas pejabat dan rumah ahli politik, dikenali sebagai Conspiracy of Fire Nuclei, kata polis.
Dua lelaki terbabit enggan memberi cap jari mereka dan tidak boleh dikenal pasti dengan nama sebelum arahan diberi mahkamah, kata sumber polis, tetapi pihak berkuasa mengeluarkan gambar dan meminta orang awam memberi maklumat lanjut.
Dua wanita yang pada mulanya ditahan untuk soal siasat sudah dibebaskan. 

Satu daripada bungkusan, dialamatkan ke kedutaan Mexico di sini, meletup di ibu pejabat sebuah syarikat penghantaran di daerah tengah Athens di Pangrati, menyebabkan tangan seorang kakitangan wanita melecur. 

Ia terbakar apabila kakitangan itu curiga dengan kandungannya dan membalingnya ke tanah, kata sumber polis. 

“Tiada letupan namun kami melihat asap keluar dan mendengar seorang wanita menjerit,” kata saksi kepada televisyen tempatan NET. – AFP

No comments:

Post a Comment