Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Bayi dalam kotak minuman

SIHAT...bayi lelaki ditemui dalam kotak.
SIHAT...bayi lelaki ditemui dalam kotak.


GEORGETOWN: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, malam kelmarin.
Perbuatan keji itu diketahui selepas orang awam menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat dan diletakkan dalam kotak air minuman bersaiz 37 sentimeter x 25 sentimeter.
Individu yang menemui mayat bayi berkenaan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan polis menemui bayi berkenaan yang cukup sifat itu dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, bayi seberat 2.7 kilogram (kg) ditemui jam 10.15 malam di tepi penjuru Pangsapuri Sri Pelangi, Jalan Sungai dan dipercayai baru dilahirkan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berkenaan berkulit cerah dan berambut lurus dan tali pusat yang dipotong dilakukan secara kasar kerana masih terdapat kesan darah kering.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk dari rumah ke rumah di pangsapuri berkenaan dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pulau Tikus, di sini, semalam.

Gan berkata, bayi berkenaan ditempatkan di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Seksual, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822 atau 016-4217214

No comments:

Post a Comment