15/11/2010 2:23am
PORT-AU-PRINCE 15 Nov. - Jumlah terbaru angka korban taun di Haiti kini bertambah 120 menjadikan angka keseluruhan korban akibat wabak itu kepada 917 orang semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian kesihatan.
Sementara itu seramai 14,642 mangsa lagi masih diberi rawatan di seluruh negara iaitu penambahan sebanyak 2,300 orang berbanding 12,342 pada Jumaat lalu.
Wabak ini berlaku susulan gempa bumi yang melanda negara tersebut beberapa bulan lalu.
Sejak kes kematian wabak taun yang pertama pada Oktober lalu, jumlah kematian akibat wabak ini dilihat semakin meningkat dari hari ke hari. - AFP
No comments:
Post a Comment