Search This Blog

Wednesday, November 3, 2010

Air empangan terpaksa dilepaskan



KANGAR 2 Nov. - Air Empangan Timah Tasoh di Padang Besar terpaksa dilepaskan semalam bagi mengelak kejadian buruk berlaku walaupun ia disedari boleh menyebabkan kawasan rendah di negeri ini dinaiki air.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang bermesyuarat semalam bersetuju dengan keputusan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melepaskan air itu terutama dalam keadaan empangan sedang dibaik pulih.
"Kita sedar tindakan tersebut akan memberi kesan terhadap paras air di sekitar Kangar yang kini melepasi satu meter di kawasan-kawasan rendah," katanya.
Beliau ditemui selepas melawat pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini malam tadi.
Turut mengiringinya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Jamil Saad dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Abdullah Ali.
Menurut Md. Isa, hujan yang berterusan sejak Sabtu lalu menyebabkan paras air di empangan tersebut naik secara mendadak dan mencecah 30.45 milimeter, melebihi paras bahaya 29.2 meter.
Dalam pada itu katanya, bencana tersebut turut menjejaskan tanaman padi di seluruh negeri ini sehingga menyebabkan seluas 3,980 hektar padi tenggelam.
Sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,000 orang berbanding 1,600 orang semalam.
Jumlah pusat pemindahan juga semakin meningkat daripada 14 buah yang dibuka semalam kepada 24 pusat pemindahan di seluruh negeri.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kangar mendapati walaupun hujan sudah mulai berhenti sejak awal pagi ini, paras air di jalan-jalan utama terus meningkat sehingga melebihi paras satu meter.

1 comment:

  1. Memang sah Abdul Wahub. Mereka tak sepatutnya melepaskan air empangan semasa hujan lebat. Mereka sepatutnya melepaskan air SEBELUM atau SELEPAS hujan lebat.

    Aku tahu mereka akan nafikan dengan berkata mereka tak ada pilihan. Sebenarnya mereka ada. Cuma mereka tak mampu nak melihat piliha-pilihan yang ada. Memang mereka ada dua pilihan selain dari melepaskan air semasa hujan lebat. Melepaskan air pada masa hujan lebat adalah bukan pilihan atau pilihan yang SALAH.

    Mereka memang ada pilihan. Percayalah....

    ReplyDelete