26/11/2010 2:57am
MOSCOW 26 Nov. - Tujuh orang terbunuh manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah helikopter milik syarikat swasta terhempas di wilayah Siberia lewat malam semalam, lapor agensi berita tempatan, RIA-Novosti.
Helikopter jenis Mil Mi-8 milik Novosibirsk Aircraft itu dalam perjalanan untuk menghantar pekerja syarikat berkenaan ke tapak kerja-kerja penggerudian sebelum ia terhempas selepas mengalami kebakaran, lapor berita itu. - AGENSI
No comments:
Post a Comment