Search This Blog

Sunday, October 17, 2010

Warga tua panik peluru M-16 tembus bumbung

BANTING: Seorang warga tua terperanjat apabila mendapati sebutir peluru dipercayai daripada senjata M-16 tiba-tiba menembusi atap dapur rumahnya di sini, pagi semalam. 

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika Yeow Ah Huan, 70, memasuki ruang dapur rumahnya selepas berkebun, manakala isterinya pula sedang memasak.
Sebutir lagi peluru dikatakan turut menembusi rumah jiran Ah Huan tetapi kedua-dua peluru sesat itu tidak mengenai sesiapa. Kedua-dua mereka kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua peluru bersaiz 5.58 milimeter itu dilepaskan daripada senjata sama. 

Polis masih menyiasat sama ada peluru berkenaan tersasar dari lapang sasar tentera yang terletak di balik bukit kira-kira satu kilometer dari rumah kedua-dua warga tua itu. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengakui pihaknya masih menyiasat. 
sumber

No comments:

Post a Comment