Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Wanita rentung kereta kena rempuh



sumber

2010/10/15

KUALA LUMPUR: Seorang wanita rentung, manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 2.5, Lebuh Raya Hubungan Timur Barat, di Taman Connaught, di sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Loo Chooi Wen, 42, yang menaiki kereta Honda City dipandu suaminya menghala Kajang, dikatakan terperangkap dalam keretanya yang terbakar menyebabkannya gagal menyelamatkan diri.Manakala, dua lagi mangsa lelaki termasuk suami Loo berusia 40-an sempat dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing dengan bantuan orang ramai ketika api sedang marak.Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata sebuah jentera bomba dihantar ke 
lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran kereta berkenaan dan mengeluarkan mayat mangsa yang rentung di bahagian penumpang. 

“Siasatan awal mendapati, kereta Honda CRV yang dipandu laju seorang lelaki berusia 40-an merempuh belakang kereta Honda City dinaiki pasangan suami isteri,” katanya. 

“Akibat rempuhan kuat itu, dua kenderaan berkenaan terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar. Mangsa yang tersepit di sebelah pemandu gagal dikeluarkan kerana api marak dengan cepat,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Abdullah berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dua lagi mangsa dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut. 

No comments:

Post a Comment