Search This Blog

Friday, October 15, 2010

UPP Kedah rampas 57 tokek seludup


Spesies tokek yang dipercayai boleh mengubati penyakit berbahaya berjaya dirampas oleh pihak UPP Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu, kelmarin.

sumber
KUBANG PASU 14 Okt. - Harga tokek yang semakin tinggi sehingga menjangkau puluhan ribu ringgit seekor menjadi pendorong sepasang suami isteri warga Indonesia untuk menyeludup haiwan tersebut ke negara ini.
Suami isteri berusia 35 tahun itu ditahan oleh pihak Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam berjaya merampas 57 ekor tokek dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 1.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam- Changlun di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam, sebanyak 57 ekor tokek atau nama saintifiknya Tokey Gecko yang dimiliki oleh suami isteri tersebut berjaya dirampas.
Komander UPP Kedah, Mohd. Jasri Othman berkata, tokek itu disimpan di dalam buluh di bahagian tempat simpanan barang sebuah bas ekspres dari Hadyai menuju Kuala Lumpur.
"Berat purata setiap ekor tokek tersebut ialah kira-kira 200 gram dan suspek mengaku bahawa tokek ini dimiliki oleh mereka.
"Tokek ini ditangkap oleh mereka di kawasan pedalaman Thailand dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan perubatan," ujarnya di sini hari ini.
Menurutnya, tokek yang diseludup masuk itu masih kecil dan jika mencapai berat sehingga 300 gram harganya boleh menjadi lebih tinggi.
"Mereka letakkan tokek ini di dalam 57 batang buluh kecil bagi mengelakkan binatang ini berkelahi sesama sendiri. Harganya di pasaran ketika ini sekitar RM3,000 seekor," katanya.
Jelasnya, kes tersebut diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Kastam untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 133 Akta Kastam 1967 iaitu gagal mengikrarkan barangan yang dibawa.

No comments:

Post a Comment