Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

Tiga culik, rogol gadis dipenjara seumur hidup



SHAH ALAM 5 Okt. - Tiga lelaki dihukum penjara seumur hidup dan sebatan 15 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menculik serta merogol seorang pelajar berusia 18 tahun, lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin yang memerintahkan hukuman terhadap Norazly Alias, 30, Norlizan Miswan, 29, dan Arwin Ahmad, 35, menyifatkan perbuatan mereka amat keji umpama orang yang tidak mempunyai pegangan agama.
''Kamu sengaja memenjarakan diri sendiri dengan melakukan perbuatan ini. Kesalahan kamu ini seperti orang yang langsung tiada pegangan agama.
''Sebelum tidur, cuba kamu muhasabah diri kerana perbuatan ini amatlah keji. Kamu semua anak sulung. Saya tidak tahu apa yang kamu fikirkan. Sepatutnya kamu fikirkan adik-beradik,'' katanya.
Norazly, juruteknik; Norlizan, kerani; dan Arwin, jurujual dihukum penjara 20 tahun dan sebatan lima kali bagi kesalahan menculik mangsa bagi mendapatkan tebusan RM250,000.
Sementara bagi pertuduhan merogol mangsa yang sama, Norazly dan Arwin masing-masing dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 10 kali, manakala Norlizan dipenjarakan 10 tahun dan sebatan lima kali.

No comments:

Post a Comment