Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Tembak 11 das tetapi gagal rompak

sumber


Oleh Faizul Azlan Razak dan Zawawi Mat Ail 
bhkt@bharian.com.my
2010/10/15

PASUKAN forensik memeriksa beberapa kesan tembakan pada cermin kalis peluru di dalam sebuah kedai emas di Jalan Sura Gate, Dungun, semalam.
PASUKAN forensik memeriksa beberapa kesan tembakan pada cermin kalis peluru di dalam sebuah kedai emas di Jalan Sura Gate, Dungun, semalam.
Suspek berang tak dapat pecah cermin kaca 

KUALA TERENGGANU: Seorang perompak bersenjatakan pistol berputih mata apabila 11 das tembakan gagal memecahkan kaca ruang pameran barang kemas di sebuah premis di Jalan Sura Gate, Dungin, petang kelmarin.Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata dalam kejadian jam 5.10 petang itu, perompak memasuki kedai dengan memakai sarung tangan, topeng ski serta menggalas beg sandang.Katanya, selepas masuk ke premis yang tiada pelanggan, perompak mengacukan sepucuk pistol automatik dan meminta seorang daripada empat pekerja membuka kaca pameran barang kemas menyebabkan mereka tergamam tetapi sempat lari ke bahagian belakang premis. 

Manoharan berkata, melihat keadaan itu, suspek berang dan melepas 11 das tembakan untuk memecah kaca rak pameran tetapi gagal. 

“Selepas mendapati tembakannya tidak berjaya untuk memecahkan cermin bagi mengambil barang kemas itu, suspek melarikan diri ke arah belakang kedai terbabit dan dipercayai menaiki sebuah kenderaan yang sedia menunggunya,” katanya ditemui di sini, semalam. 

Manoharan berkata, polis percaya suspek melakukan rompakan itu dengan kerjasama lebih seorang rakannya dan gerakan mengesan mereka sedang digiatkan. 
Katanya, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan daripada orang awam. 

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemui 11 kelongsong peluru manakala semakan pada imej kamera litar tertutup (CCTV) belum dapat mengenal pasti wajah dan bangsa suspek,” katanya sambil menambah tindakan pemilik premis memasang sistem keselamatan seperti cermin kalis peluru berjaya menyelamatkan barang kemas daripada dilarikan perompak terbabit. 

Sementara itu, seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Jayana berkata, dia dan tiga rakan sekerja tergamam apabila seorang lelaki yang masuk ke kedai itu mengacu pistol sambil menyuruh mereka membuka rak kaca pameran barang kemas. 

“Walaupun panik dan terkejut dengan tindakan perompak, kami tidak mengendahkan arahannya untuk membuka rak barang kemas sebaliknya lari menyelamatkan diri ke stor di belakang,” katanya. 

No comments:

Post a Comment