Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

Susilo tangguh lawatan ke Belanda



JAKARTA 5 Okt. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang dijadual melawat Belanda hari ini menangguhkan penerbangannya beberapa jam berikutan perbicaraan satu kes berkaitan hak asasi kemanusiaan di negara itu, yang mungkin memberi ancaman untuk menahannya.
Susilo menangguhkan penerbangannya lebih satu jam. Beliau dijadual melakukan kunjungan diplomatik selama tiga hari ke negara bekas jajahan Indonesia itu.
“Kunjungan saya ke Belanda mungkin kebetulan dibuat semasa satu perbicaraan di Belanda melibatkan Republik Maluku Selatan (RMS) sedang berlangsung, yang mungkin membuat keputusan sama ada untuk menahan Presiden Indonesia atau sebaliknya,” kata Susilo.
Jakarta menakluk RMS tidak lama selepas Indonesia mencapai kemerdekaan pada 1950, namun pergerakan tersebut muncul kembali selepas kejatuhan Presiden Suharto pada 1998.
“Jika perbicaraan itu dijalankan semasa kunjungan saya ke sana, maka ia melibatkan maruah serta nama baik negara ini, jadi saya mengambil keputusan untuk menangguhkan lawatan itu,” kata Susilo.
Tambah beliau, jika beliau meneruskan kunjungan ke Belanda semasa perbicaraan tersebut dijalankan, ia akan mewujudkan ‘salah faham’ dan reaksi ‘psikologi yang buruk’. – AFP

No comments:

Post a Comment