Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Sudin Ajaib turut nikahkan anak 10 tahun: Isteri




2010/10/14

ROHANA hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah sebagai saksi di Kota Bharu, semalam.
ROHANA hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah sebagai saksi di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, diberitahu Shamsuddin Che Deraman, 41, atau Sudin Ajaib yang menikahi Siti Zubaidah Hussin, 11, turut mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan seorang lelaki dikenali sebagai Azhar. 

Saksi kedua plaintif kes tuntutan mufarakah terhadap Sudin Ajaib itu, Rohana Ibrahim, 34, berkata defendan kedua yang juga suaminya itu menikahkan anak perempuan mereka dengan seorang lelaki tidak dikenali, tetapi tidak memaklumkan pernikahan itu kepadanya.“Saya menyokong tindakan membatalkan pernikahan antara Siti Zubaidah dengan suami saya (Sudin) seperti dikemukakan ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan Mat Ail, 42, dengan alasan pernikahan kedua-dua pasangan itu tidak sah,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan peguam syarie, Siti Azzah Rahmat dan Nordiana Mohd Noor, yang mewakili Siti Sarnan selaku plaintif kes itu, semalam.Prosiding perbicaraan tuntutan mufarakah yang dibuat terhadap pernikahan Siti Zubaidah dengan Sudin Ajaib itu dilakukan di hadapan Hakim Abdullah Man. 

Siti Zubaidah berkata, sebelum pernikahan dengan Siti Zubaidah, suaminya tidak pernah mengahwini kanak-kanak, sebaliknya berkahwin dengan tiga wanita termasuk dirinya selaku isteri pertama. 

Katanya, dia sudah lama tidak bertemu suaminya, menyebabkan semua perbelanjaan harian termasuk persekolahan anak terpaksa bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira RM400 sebulan. 

Ketika prosiding semalam, saksi plaintif, Ramli Mat Ail, 50, yang juga bapa saudara Siti Zubaidah turut menyokong tindakan memfailkan tuntutan mufarakah dibuat terhadap anak saudaranya itu dengan Sudin Ajaib kerana pasangan berkenaan tidak sepadan. 
Selain itu, beliau berkata, Siti Zubaidah didakwa masih di bawah umur serta tidak dapat memikul tanggungjawab seorang isteri, selain anak saudaranya itu masih belum baligh ketika dinikahkan dengan Sudin Ajaib. 

Katanya, beliau yakin Siti Zubaidah sendiri tidak dapat menerima pernikahan itu apabila mengalami tekanan perasaan akibat kejadian itu dan enggan bercakap sehingga terpaksa dirujuk ke hospital. 

Terdahulu, ketika menjawab soalan Abdullah, Rohana berkata, suaminya tidak mempunyai sebarang amalan yang menyebabkannya berkahwin dengan kanak-kanak belum akil baligh. 
sumber asal http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment