Search This Blog

Monday, October 25, 2010

Ribut Giri ancam penduduk Myanmar





2010/10/25

YANGON: Ribut Giri yang melanda barat Myanmar memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman mereka, kata penduduk tempatan semalam, dengan kerajaan melancarkan usaha untuk memberi bantuan. 

Giri membadai Myanmar berhampiran pekan Kyaukphyu Jumaat lalu tetapi belum ada pengumuman rasmi oleh junta tentera yang memerintah negara itu berhubung jumlah mangsa atau kerosakan dialami.
Seorang pegawai kementerian kebajikan, bantuan dan pemindahan, berkata sekurang-kurangnya satu kematian akibat ribut itu.
“Kami masih meninjau kawasan yang dilanda Giri dan sedang mencuba menganggarkan kerosakan dan jumlah mangsa agar bantuan dapat disalurkan,” kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan. 

“Bantuan sedang dihantar melalui bot dan udara,” katanya. 

Di negara jiran Thailand, hujan lebat luar biasa membawa banjir terburuk dalam beberapa dekad. 

Pusat Kecemasan Perubatan Narenthorn menganggarkan banjir meragut 38 nyawa setakat semalam, meningkat daripada 32 daripada hari sebelumnya. 
Wilayah pesisir pantai Myanmar sering dilanda ribut kencang dengan 130,000 orang terbunuh atau hilang ketika taufan Nargis melanda negara itu pada Mei 2008. 

Penduduk kawasan yang dilanda ribut Giri berkata kerosakan dialami amat meluas dan setakat ini belum ada kerja bantuan secara terancang dilancarkan. 

“Kerosakan terhadap kediaman amat besar. Hampir semua rumah yang dibina daripada buluh musnah setakat ini,” kata seorang peniaga Ko Kyaw Khin. – Reuters

No comments:

Post a Comment