Search This Blog

Sunday, October 17, 2010

Polis tahan 18 PATI


JEMPOL 16 Okt. - Kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan kawasan pedalaman di Palong dekat sini sebagai penempatan sementara berjaya dibongkar pihak berkuasa apabila seramai 18 daripada mereka ditahan dalam satu operasi di sini, malam tadi.
Dalam operasi selama lima jam yang bermula pukul 11 malam di Palong 4, 5 dan 6 itu, kesemua mereka terkejut setelah menyedari kehadiran polis di kawasan berkenaan.
Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad memberitahu, polis yang menerima maklumat mengenai kewujudan warga asing itu bertindak melakukan intipan sebelum serbuan dilakukan.
"Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap lebih 40 warga asing yang terdiri daripada Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
"Berdasarkan pemeriksaan lanjut, kita dapati 18 warga Indonesia termasuk lapan wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an didapati memiliki dokumen perjalanan yang sah.
"16 daripada mereka dikesan melanggar syarat pasport manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd. Sabri menjelaskan, ketika serbuan dilakukan, terdapat sebahagian mereka cuba melarikan diri namun gagal setelah kesemua mereka dikepung.
Beliau berkata, kebanyakan bekerja sendiri dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
"Polis akan terus melakukan operasi dan orang ramai yang ada maklumat, diminta memaklumkan kepada polis bagi membolehkan tindakan segera dilakukan," katanya.sumber

No comments:

Post a Comment