Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Pesara dibunuh

Ajal keadaan bersujud

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sekumpulan penjenayah tergamak menembak mati seorang lelaki warga emas yang sudah uzur kerana bimbang mangsa mengenali mereka dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Keliang Kalumpang, Ulu Bernam dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 11.58 malam, mangsa, Saad Johari Yamin, 73, seorang pesara tentera mati setelah terkena tembakan di dada oleh penjenayah tersebut.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa dipercayai ditembak setelah dia terserempak dengan penjenayah yang memecah masuk rumahnya.
"Penjenayah sebelum itu memasuki rumah mangsa dengan mengumpil pintu belakang menggunakan tukul besi.
"Mangsa yang terkejut dengan bunyi bising pintu rumahnya diumpil segera bangun untuk memeriksa apa yang berlaku. Terkejut apabila tuan rumah menyedari kehadiran mereka, penjenayah terbabit kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dada kiri mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Norel Azmi, semasa kejadian, mangsa tinggal berdua bersama isterinya di rumah tersebut.
Beliau berkata, bunyi tembakan itu telah mengejutkan isteri mangsa lalu dia bergegas bangun untuk memeriksa apa yang berlaku.
Katanya, wanita itu kemudian terkejut apabila melihat suaminya terbaring berlumuran darah lantas menjerit meminta tolong.
"Penjenayah tersebut kemudian melarikan diri dalam kegelapan malam. Isteri mangsa pula tidak sempat melihat penjenayah terbabit dan berapa ramai yang terlibat dalam kejadian itu kerana keadaan ketika itu gelap," katanya.
Norel Azmi berkata, penjenayah melarikan diri tanpa sempat mengambil barang- barang dari rumah mangsa.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menembak mangsa menggunakan senapang patah.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment