Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Pemilik Pusat Rawatan Keraton didakwa

sumber

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Pemilik Pusat Rawatan Keraton yang melakukan 'pembedahan' secara tradisional atau batin, Johari Mansor sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.
Johari, 52, dan isteri, Rusnani Rahaman, 49, yang juga rakan kongsi pusat berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjalankan operasi pusat jagaan ambulatori swasta tanpa lesen mengikut perenggan 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 34, Jalan Padi Emas 32, Bandar Baru Uda di sini pada pukul 6.30 petang, 9 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(2) akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(2) (aa) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anwar Raof sementara Johari diwakili peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.
Habibah menetapkan 29 November ini bagi perbicaraan kes tersebut.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pusat berkenaan didakwa di mahkamah yang sama pada 7 Oktober lalu atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis dan pada waktu serta hari yang sama.

No comments:

Post a Comment