Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Mayat mangsa bas jatuh sungai ditemui



13/10/2010 4:13am

DHAKA 13 Okt. - Seramai sebelas mayat dijumpai dalam sebatang sungai di Bangladesh hari ini selepas sebuah bas yang dipandu laju hilang kawalan dan terjunam ke dalam sungai tersebut dua hari lepas.
Sebilangan besar 50 penumpang dalam bas tersebut berenang ke kawasan yang selamat dalam kemalangan yang berlaku Ahad lalu.
Pegawai tadbir daerah, Rabbi Miah berkata, beberapa mayat dijumpai berhampiran lokasi kemalangan manakala sebilangan lagi dijumpai di dalam bas yang tenggelam itu.
Operasi menyelamat masih lagi diteruskan. - AP

No comments:

Post a Comment