Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Mangsa rogol di Ontario diberi hak pakai niqab

sumber

OTTAWA 14 Okt. - Mahkamah Rayuan Ontario semalam memberi hak kepada seorang mangsa rogol untuk memakai niqab semasa memberi keterangan di mahkamah, namun hanya sekiranya ia tidak menghalang hak tertuduh untuk menyoal balas saksi-saksi.
Mahkamah itu menjelaskan hakim perlu menimbang kes demi kes berdasarkan hak saksi, hak untuk mengamalkan kepercayaan beragama berbanding hak tertuduh bagi satu perbicaraan yang adil, selain menyatakan beberapa garis panduan lain.
"Seorang saksi mendakwa di mahkamah bahawa kepercayaan agama memaksanya memakai niqab semasa memberi keterangan dan dengan dakwaan oleh tertuduh bahawa pemakaian niqab hanya menganggu keupayaannya untuk menyoal balas, mahkamah perlu menerima hak dua individu itu.
"Jika seorang saksi menegaskan memakai niqab adalah amalan kebebasan beragamanya, mahkamah perlu beralih kepada tertuduh untuk menunjukkan mengapa hak yang dilindungi Perlembagaan ini akan bertolak ansur dengan haknya bagi menjawab soalan serta membela diri," jelas keputusan mahkamah itu.
Keputusan itu turut menyatakan jika hak perbicaraan adil tertuduh boleh diberikan hanya dengan meminta saksi membuka niqab, ia perlu dibuka jika saksi ingin memberi keterangan.
Dalam kes ini, mahkamah rayuan mendapati bmahkamah rendah tidak menilai dakwaan kepercayaan agama oleh mangsa yang hanya dikenali sebagai N.S, apabila dia diminta membuka niqabnya semasa memberi keterangan di mahkamah bagi menentang penyerangnya. Mahkamah rendah turut membatalkan perintah itu.
Mangsa rogol yang kini berusia 32 tahun mendakwa, dia diserang secara seksual oleh seorang pakcik dan sepupunya antara 1982 dan 1987.
Pada 1992, bapanya meminta polis tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap dua ahli keluarganya yang terlibat, namun wanita tersebut kemudian meminta polis membuka semula kes berkenaan.
Kes itu menimbulkan kontroversi di Kanada terutamanya di kalangan pengamal undang-undang dan hak asasi kemanusiaan, yang membantah keras pemakaian niqab. - AFP

No comments:

Post a Comment