Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Mangsa perlukan masa




SAN JOSE - Selepas terperangkap hampir 70 hari di dalam ruangan kecil yang gelap dan tidak melihat matahari, kesemua 33 pelombong yang dijadualkan mula dibawa keluar hari ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. 

Kesemua mereka akan dibawa keluar seorang demi seorang menggunakan kapsul khas yang dinamakan :Phoenix: sempena burung mitos yang dipercayai mampu muncul semula selepas hangus terbakar. 

Semasa dibawa naik, pelombong diarah menutup mata dan sebaik tiba di permukaan, mereka akan diberikan cermin mata gelap kerana mata mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cahaya terang. 

Mereka akan dibawa terus ke sebuah hospital di Copiapo untuk rawatan dan pemeriksaan, sebelum berehat.

No comments:

Post a Comment