Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Lindsay dirawat ketagihan kokain




2010/10/14

LOS ANGELES: Lindsay Lohan dilaporkan dirawat untuk masalah ketagihan kokain. Aktres itu kini sedang mengikuti program rawatan pemulihan di klinik Betty Ford di sini dan menurut laman web RadarOnline.com, pelakon itu memiliki pergantungan kepada dadah Kelas A. 

Satu sumber berkata: “Masalah utama Lindsay ialah kokain. Dia menjalani penilaian menyeluruh dan didapati memiliki pergantungan tinggi terhadap kokain.”Lindsay – yang sebelum ini mengakui bermain dengan dadah – dipercayai mengikuti rawatan itu dengan baik di klinik berkenaan dan memberi tindak balas baik terhadap rawatan.Sumber itu berkata: “Pada ketika ini, Lindsay sedang bertungkus-lumus mengikuti rawatan membuang toksik dan pemulihan dan dia dalam keadaan baik.” 

Lindsay, 24, memiliki pasukan rawatannya sendiri yang terdiri daripada doktor peribadi, jururawat, psikologi, kaunselor, pengurus kes, kaunselor pemberi semangat, pakar makanan, pelatih kecergasan dan juruteknik pergantungan kimia. 

Selain menguruskan rancangan penjagaannya, mereka turut bertanggungjawab menggariskan rawatan selepas program pemulihan. 

Lindsay dijangka hadir di mahkamah 22 Oktober ini untuk perbicaraan selepas gagal dalam dua ujian dadah bulan lalu. 
Aktres Mean Girls itu yang menjalani 13 daripada 90 hari hukuman penjaranya pada Julai lalu, kembali ke penjara selepas ujiannya gagal. – Agensi 
bharian

No comments:

Post a Comment