Mohd Shukri Alias, 22, berkata, keadaan di dalam bas bertukar riuh dan panik ketika bas hilang kawalan, dipercayai berpunca daripada brek yang gagal berfungsi. “Kebanyakan penumpang menjerit Allahu Akbar kerana berasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. “Semua itu berlaku dalam sekelip mata dan bas terus terbalik di laluan bertentangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, di sini, semalam. Dia yang hanya cedera ringan berjaya merangkak keluar dari bas. “Saya keluar melalui lubang dan selepas itu, saya turut membantu rakan-rakan yang cedera,” katanya. Mohd Shukri mendakwa, sebelum perjalanan ke Genting Highlands, bas tersebut dilihat berada dalam keadaan tidak baik. “Bunyi gear kedengaran sewaktu bergerak dan air pendingin hawa menitis di beberapa kerusi bas,” katanya. Sementara itu, Ahmad Zaid Azimi, 15, berkata, dia bersyukur kerana hanya cedera ringan. |
Sunday, October 31, 2010
Laungan ‘Allahu Akbar’ bergema sewaktu kemalangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment