Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Kepala warga emas hampir pecah

KARAK: Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya hampir pecah dengan otak tersembur keluar sebaik kereta dipandu terbabit kemalangan ngeri di Kilometer 33.3 Lebuhraya Karak menghala ibu kota, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Leo Ah Fatt, 58, seorang ahli perniagaan dari Muar, Johor, parah di kepala dan muka selepas kereta Mercedes Benz dipandu terperosok melanggar palang besi pada belakang sebuah lori.
Rempuhan itu mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar penghadang besi di tepi lebuh raya.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Husin Omar, berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dipandu laju ketika melalui selekoh tajam menuruni bukit di laluan berhampiran kawasan susur Genting Sempah, di sini.

Menurutnya, mangsa mungkin mengantuk dan terlelap ketika menuruni bukit hingga tidak menyedari sebuah lori bergerak perlahan di depannya. “Kereta Mercedez E280 yang dipandu mangsa merempuh belakang lori membawa surat khabar lama yang berada di lorong kiri lebuh raya,” katanya.

“Namun, pemandu dan kelindan lori terbabit tidak cedera. Mayat mangsa yang berjaya ditarik keluar dihantar ke Hospital Selayang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments:

Post a Comment