Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

Kalungan bunga tanda 'nak'




SEBAHAGIAN daripada 19 GRO warga China yang ditahan dalam serbuan di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Pegawai khidmat pelanggan (GRO) semakin ligat memikirkan cara terbaru untuk menarik minat pelanggan melakukan seks meskipun mereka sedar kegiatan mereka itu bakal mengundang padah jika diserbu pihak berkuasa.
Terbaru, GRO di sebuah pusat hiburan di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, Cheras di sini menjadikan kalungan bunga sebagai tanda bahawa pelanggan yang datang ke premis itu bersedia untuk mendapatkan khidmat mereka.
GRO tersebut akan menjaja bunga tersebut dari meja ke meja dengan harga RM10 setiap satu dan seterusnya boleh melakukan hubungan seks dengan bayaran serendah RM50.

No comments:

Post a Comment