Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Hidu bahan kimia: 5 pelajar masuk hospital

sumber

15/10/2010 10:54am


YAN – Lima pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dimasukkan ke Hospital Yan semalam selepas terhidu bau kimia dipercayai berpunca dari sebuah kilang semasa berkumpul di dewan sekolah itu untuk menghadiri taklimat.
Seorang daripada mereka Nurul Izwarina Mohd Khorazi, 15, berkata, pada 9.30 pagi semasa semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan, dia terbau sesuatu seakan-akan bau sejenis cecair membasuh kain.
"Saya mula rasa pening dan sesak nafas. Saya maklumkan kepada kawan tentang itu dan kawan saya juga merasa perkara yang sama.
"Memandangkan saya mempunyai penyakit asma, saya pergi mengambil ubat saya di kelas dan memaklumkan perkara itu kepada cikgu,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan di sini.
Beliau berkata, selepas memaklumkan kepada guru, ramai lagi pelajar mengadu terbau benda yang sama menyebabkan guru mengarahkan semua pelajar sekolah itu berkumpul di padang sekolah dan memakai topeng penutup hidung.
Seramai lapan pelajar perempuan dan seorang lelaki dibawa ke klinik kesihatan tetapi semua diarah untuk mendapatkan rawatan di hospital.
"Lima daripada kami ditahan dan yang lain dibenarkan pulang,” kata Nurul Izwarina. – Bernama

No comments:

Post a Comment