Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Gunung berapi Piton de la Fournaise meletus


15/10/2010 3:11am

SAINT-DENIS 15 Okt. - Kerajaan Pulau Reunion hari ini memaklumkan gunung berapi Piton de la Fournaise telah meletus pukul 7.10 malam waktu tempatan (11.10 malam semalam waktu Malaysia).
Dalam satu kenyataan oleh organisasi yang merupakan pengawas gunung berapi itu berkata, aliran lahar masih terkawal, namun, pintu masuk ke kawasan berhampiran gunung berapi tersebut masih ditutup.
Piton de la Fournaise yang terletak di tenggara pulau ini itu adalah gunung berapi yang aktif dan sering memuntahkan lahar serta mengeluarkan asap tebal. - AP

No comments:

Post a Comment