Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

Geng Tong Gas diusir






DARI kanan, Zakaria, Deni dan Idris dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuantan semalam atas tuduhan merompak.


KUANTAN – Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan tiga buruh ladang warga Indonesia supaya diusir dari negara ini sebaik mereka selesai menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyamun sebuah keluarga di Felda Bukit Kuantan di sini pada Mei lalu.
Selain itu, ketiga-tiga tertuduh iaitu Idris, 44, dari Batam, Zakaria Mohamad, 31, dan Deni Irawan, 37, dari Makasar yang diwakili peguam Rosal Azimin Ahmad turut dikenakan hukuman dua sebatan.
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman enam tahun penjara bermula tarikh ditangkap pada 10 Mei serta dikenakan dua kali sebat ke atas Idris dan Deni manakala Zakaria dipenjara lima tahun dan dua kali sebat berkuat kuasa tarikh tangkapan.
“Selepas meneliti kes dan mengambil kira keselamatan orang awam, mahkamah memerintahkan supaya ketiga-tiga tertuduh diusir dari negara ini selepas selesai menjalani hukuman masing-masing,” katanya.

No comments:

Post a Comment