Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

Geng curi kereta berjaya ditumpas

TAIPEI: Polis Taiwan menahan tiga penjenayah yang mengaut AS$500,000 (RM1.6 juta) hasil jualan alat ganti kenderaan yang dicuri.
Tiga penjenayah berkenaan mencuri satu atau dua kereta setiap hari berdasarkan permintaan tinggi selepas Taufan Fanapi menyerang pulau itu bulan lalu hingga terjadi bencana banjir dan menyebabkan sebilangan besar kenderaan musnah. Mereka memperoleh AS$476,000 (RM1.52 juta) hasil jualan alat ganti berkenaan kepada beberapa bengkel sebelum kegiatan mereka dikesan polis menerusi sistem GPS yang terdapat dalam sebuah kereta yang dicuri.
Taufan Fanapi yang melanda Taiwan menyebabkan dua nyawa terkorban dan kira-kira 100 lagi tercedera. - AFP

No comments:

Post a Comment