RIZANA menutup mukanya dengan kertas selepas dituduh berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam. |
KAJANG – Seorang eksekutif chef sebuah hotel lima bintang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita pada April tahun lalu.
Djohan Mohd. Radzi, 42, bersama pasangannya, Rizana Ahmad Rithauddeen, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.
Pasangan berkenaan memohon kepada mahkamah menangguhkan prosiding tersebut supaya memberi ruang kepada mereka untuk urusan melantik peguam.
Abdul Halim kemudiannya memutuskan 8 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Beliau turut memerintahkan mereka berdua membayar jaminan sebanyak RM2,500.
mana nyer lanjutan kes nih... 8 Februari lepas xde aapa2 ker??
ReplyDeleteSape minah ni ??
ReplyDeleteRasa cam kenal je minah ni !!! Mek kelate tak silap
ReplyDelete