Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Buruh terlepas hukuman gantung


Jamal Nasir Musa tersenyum disamping ibunya setelah dibebaskan atas tuduhan mengedar 222 gram kanabis di Alor Setar, semalam.

sumber
ALOR SETAR 14 Okt. - Seorang buruh terlepas daripada hukuman mati setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskannya daripada tuduhan mengedar 222 gram kanabis empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab membebaskan Jamal Nasir Musa, 28, tanpa dipanggil membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Jamal, dari Kampung Masjid Lama, Naka dekat sini didakwa mengedar kanabis tersebut di hadapan Pasaraya CL, Jalan Lunas, Kulim pada pukul 11 malam, 10 Mei 2006.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.
Peguam R.S.N. Rayer mewakili tertuduh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zakhy Mohd. Daud.
Sejurus prosiding selesai, tertuduh yang kelihatan lega telah bersalam dengan peguamnya sebelum bertemu ahli keluarganya yang turut mengikuti perbicaraan tersebut.

No comments:

Post a Comment