Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Bunuh: Petinju tomoi, empat rakan dipenjara



LIMA sahabat dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh semalam atas dakwaan menyebabkan kecederaan dan kematian seorang remaja lelaki tahun lalu.


IPOH - Seorang petinju tomoi dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku salah dengan niat menyebabkan kecederaan dan kematian seorang remaja lelaki tahun lalu.
Azlan Affendy Abdul Samat, 23, yang pada mulanya kelihatan tenang mulai sebak selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Choong Siew Khim membacakan hukuman.
Selain Azlan Affendy, empat rakan termasuk seorang adik lelakinya turut mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian tanpa niat yang dilakukan secara berkumpulan.
Roslan Rashid, 23; Mohd. Johari Abu Samah, 27; dan Mohd. Hamdan Zainal, 23, yang kesemuanya berasal dari sini dihukum penjara empat tahun.
Siew Khim menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh jatuh hukum terhadap Azlan Fauzy Abdul Samat, 20, bagi membolehkan mahkamah meneliti laporan akhlak memandangkan semasa kejadian, dia berusia 19 tahun.

No comments:

Post a Comment