Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Bukan pegawai khas kementerian

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan semalam menafikan individu yang terbabit kes penipuan ratusan mangsa seperti yang disiarkan Harian Metro Sabtu lalu bertajuk ‘Orang Penting Dikehendaki’ adalah pegawai khas Menteri Kewangan II.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, suspek yang dikenali sebagai Mahzan Mohd Marzuki, 43, bukan pegawai khas kementerian dan tidak pernah berkhidmat dengan Kementerian Kewangan.
Sehubungan itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya apabila didatangi individu tertentu dan perlu mendapatkan kepastian daripada kementerian terlebih dulu sebelum menjalankan sebarang urusan.

Dalam laporan Sabtu lalu, seorang penjenayah licik dikesan menipu ramai mangsa membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit sejak beberapa tahun lalu dengan mendakwa sebagai pegawai khas Menteri Kewangan II.

Namun, kegiatan suspek terbongkar apabila seorang kontraktor berusia 29 tahun membuat laporan polis selepas diperdaya suspek yang menipunya mengakibatkan kerugian RM2,500.

No comments:

Post a Comment