Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Banjir, tanah runtuh timbus Koh Chang



TRAT - Seorang maut mankala seorang lagi cedera akibat banjir dan tanah runtuh yang menimbus pulau peranginan Koh Chang di Trat, Thailand berikutan hujan lebat dari Ahad malam hingga awal pagi kelmarin. 

Mangsa, Naree Koke, 43, warga Kemboja yang bekerja di pusat peranginan Little Chang dan seorang lagi mangsa dikenali sebagai Rin, iaitu suami mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit dan lumpur selama 10 jam sebelum berjaya diselamatkan. 

Sekurang-kurangnya 20 tiang elektrik tumbang akibat ditiup angin kuat, sekali gus menyebabkan pulau peranginan tersebut berada dalam kegelapan. 

Rumah dan gerai berdekatan pantai Pasir Putih, Kai Bae, dan Klong Son dilaporkan musnah akibat banjir kilat dan tanah runtuh. 

Ketua pasukan menyelamat, Kampon Chareonkajornkul berkata, pegawainya tidak dapat menghantar bantuan awal akibat hujan lebat dan kekurangan peralatan menyelamat.

No comments:

Post a Comment