Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Askar AS bunuh warga Britain kena tindakan




2010/10/15

LONDON: Seorang askar Amerika Syarikat berdepan tindakan disiplin selepas dia secara tidak sengaja membunuh pekerja bantuan warga Britain yang ditahan sebagai tebusan pada satu operasi menyelamat yang gagal, kata satu laporan. 

Akhbar The Guardian yang memetik sumber di London, berkata askar yang menganggotai pasukan khas itu dilapor melontarkan bom tangan yang mungkin menyebabkan Linda Norgrove terbunuh Jumaat lalu, dalam usaha menyelamat yang dilakukan tentera Amerika.“Bagaimanapun askar terbabit gagal memaklumkan kepada pegawai memerintahnya bahawa beliau melontarkan bom, lama selepas kejadian itu,” kata akhbar itu. Guardian melaporkan, ketika serbuan ke atas kubu penculik dibuat, Norgrove, 36, berjaya melepaskan diri dan bersembunyi untuk mengelak dicederakan.

No comments:

Post a Comment