Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

AS arah siasat kematian aktivis Britain




LONDON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan siasatan dilakukan ke atas punca kematian seorang aktivis Britain yang diculik di Afghanistan bulan lalu dan berkemungkinan dia terbunuh akibat terkena letupan bom tentera AS ketika operasi menyelamat. 

Komander tentera AS di Afghanistan, David Petraeus mengarahkan siasatan dibuat sejurus selepas beliau memeriksa laporan operasi menyelamat mangsa, kelmarin. 

Mangsa, Linda Norgrove, 36, diculik di timur Afghanistan pada 26 September lalu dan dilaporkan maut selepas seorang penculiknya meletupkan diri, Jumaat lalu. 

Presiden AS, Barack Obama turut menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron melalui perbualan telefon, lewat kelmarin. 

Obama dan Cameron bersetuju supaya siasatan punca kematian Norgrove dilakukan bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika operasi menyelamat tersebut dijalankan.

No comments:

Post a Comment