Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Air mata keluarga pelombong Chile

sumber asal

2010/10/14


  • Foto
    PELOMBONG ketiga, Juan Illanes mengangkat tangan selepas berjaya keluar dari kedalaman 700 meter bawah tanah, semalam.
  • Foto
    PELOMBONG pertama berjaya dikeluarkan oleh krew penyelamat.
Mangsa runtuhan lombong berjaya dibawa keluar guna lif khas

LOMBONG SAN JOSE, Chile: Sorakan, teriakan dan tangisan gembira anggota keluarga memenuhi suasana ketika seorang demi seorang daripada 33 pelombong Chile diselamatkan dan dibawa keluar menggunakan lif khas, sejak mereka terperangkap kira-kira 600 meter di bawah lombong yang runtuh sejak lebih dua bulan lalu.Pelombong pertama berjaya dibawa keluar ialah Florencio Avalos yang memakai topi keselamatan dan berkaca mata hitam bagi melindungi pandangannya daripada sinaran matahari.Beliau yang tersenyum lebar sebaik muncul segera memeluk anak lelakinya berusia tujuh tahun, Bairon, 7 dan isterinya sebelum menerima pelukan Presiden Chile, Sebastian Pinera, sejurus selepas tengah malam waktu tempatan.

Pelombong kedua, Mario Sepuldeva Espina, ditarik ke permukaan kira-kira sejam kemudian. Laungan beliau dapat didengar walaupun sebelum sebuah lif yang direka khas yang membawanya muncul. Selepas memeluk isterinya beliau menghulurkan batu yang dibawanya dari ‘penjara bawah tanah’ sebagai cenderahati kepada penyelamat yang ketawa dengan gelagatnya.

Beliau kemudian membuat senaman melompat di hadapan semua orang untuk membuktikan dirinya masih kuat sebelum pasukan perubatan tiba untuk membawanya menjalani pemeriksaan.

“Saya benar-benar bernasib baik. Tuhan bersama saya,” katanya dalam satu temuramah khas, sambil memuji operasi dijalankan. 
“Sungguh hebat kerana mereka berjaya menyelamatkan dan membawa kami keluar dari kedalaman 700 meter bawah tanah,” katanya.

Pelombong ketiga, Juan lllanes, menyusul sejam kemudian, mematuhi jadual yang diumumkan sebelumnya bahawa semua pelombong akan dikeluarkan dalam tempoh 36 jam dengan seorang pelombong dikeluarkan setiap sejam. 

Beliau disusuli pelombong tunggal dari Bolivia, Carlos Mamani, manakala pelombong termuda, Jimmy Sanchez menjadi pelombong kelima dibawa keluar. Beliau diletakkan di atas usungan sejurus dikeluarkan. Pelombong Osman Isidro Araya pula menjadi orang keenam dibawa keluar.

Apabila pelombong terakhir berjaya dikeluarkan, ia bakal mengakhiri satu krisis negara yang bermula apabila 700,000 tanah batu runtuh 5 Ogos lalu menyebabkan mereka terperangkap di bahagian bawah lombong yang terletak di kawasan gurun Chile.

Penyelaras operasi menyelamat, Andre Sougarett berkata operasi dipantau rapi bagi memastikan tiada masalah teknikal berlaku, termasuk kemungkinan berlaku runtuhan semula, manakala lif diperiksa dan disenggara selepas setiap pelombong berjaya dikeluarkan.

Kumpulan pelombong berkenaan menarik perhatian dunia dengan semangat mereka yang cekal dan bersatu hati, ketika kerajaan Chile berusaha menyelamatkan mereka. – AP 

No comments:

Post a Comment