SUMBER http://www.bharian.com.my
2010/10/14
SEMBILAN pelajar ditahan direman bagi membantu siasatan kes buli di Kuching, semalam.
Ketika insiden lewat malam itu, mangsa dikatakan ditugaskan oleh guru membahagikan kerja membersihkan asrama lelaki, namun sekumpulan pelajar enggan mematuhi arahannya menyebabkan mangsa membuat aduan kepada guru bertugas.Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata berikutan itu mangsa diserang sekumpulan pelajar berusia 16 tahun sehingga menyebabkannya cedera di kepala dan belakang badannya.“Kita menahan reman sembilan pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama bersama pengadu bagi membantu siasatan kes ini.
“Mangsa pula dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membolehkan laporan kecederaannya disahkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Difahamkan, kumpulan pelajar itu menyerang mangsa selepas mengetahui mangsa membuat aduan mengenai mereka kepada guru, selain mengadu mereka turut minum minuman keras di kawasan sekolah.
No comments:
Post a Comment