Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

8 terbunuh pesawat kargo terhempas


13/10/2010 4:13am

KABUL 13 Okt. - Kesemua lapan orang penumpang terbunuh dalam satu kejadian sebuah pesawat kargo terhempas di sebuah kawasan pergunungan di sebelah timur ibu kota Afghanistan hari ini.
Pesawat itu dikatakan berlepas dari Bagram, sebuah pangkalan terbesar pihak tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan yang terletak kira-kira 60 kilometer di sebelah utara Kabul.
Menurut pengarah lapangan terbang Kabul, Mohammad Jakub Rasuli pada awalnya berkata, terdapat lapan orang penumpang yang berada dalam pesawat tersebut, enam warganegara Filipina manakala dua lagi penumpang adalah warganegara Kenya dan India. - DPA/AFP

No comments:

Post a Comment